Selamat Datang 

Pengenalan

    Laman web ini ditubuhkan sebagai proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu bagi murid-murid Tahun Lima. Melalui laman web ini, murid-murid disediakan dengan ruangan tutorial. Ruangan tutorial ini memberikan pendedahan kepada murid-murid untuk membaca serta memahami perkara-perkara yang telah disediakan bagi permulaan sebelum memulakan tugasan lain. kemahiran bahasa yang digunakan oleh murid-murid melalui pembelajaran laman web ini ialah kemahiran membaca dan menulis.

 

Objektif: 

-       Murid memberikan pandangan mereka mengenai video sajak yang ditayangkan, dapat menghuraikan maksud-maksud sajak serta menjawab beberapa soalan guru berkaitan dengan sajak.    

-       Mencipta satu sajak secara terancang, tertib dan kemas menggunakan bahasa yang tepat, indah dan menarik dengan menggunakan tema patriotisme.

-       Mendeklamasi sajak dengan menggunakan kelancaran, sebutan, intonasi dan gaya yang sesuai.

 

Hasil Pembelajaran:

5.0 : membaca kuat dengan kelancaran, sebutan, intonasi dan gaya pembacaan yang sesuai.

5.2 : membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dann lancar serta memahami perkara yang dibaca.

 

Huraian Sukatan Pelajaran

Aras 2 i : membaca bahan sastera dan bukan sastera dengan sebutan dan intonasi yang betul serta gaya yang sesuai.

 

HAsil Pembalajaran

10.0 : menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif.

10.1 : menghasilkan pelbagai genre (prosa/puisi) termasuk e-mel yang mudah, menarik dan bermakna.

 

Huraian Sukatan Pelajaran

Aras 3 i : menghasilkan prosa dan puisi secara terancang, tertib dan kemas menggunakan bahasa yang tepat, indah dan menarik.

 

Mod Pengajaran

Mod pengajaran yang digunakan dalam laman web ini ialah mod tutorial, mod aplikasi dan mod komunikasi.

Contoh Tayangan Video Sajak