MOD TUTORIAL

Sajak

Perkataan sastera berasal daripada bahasa sanskrit iaitu "castra". Susastera yang bermaksud kata yang membawa maksud khusus iaitu (su) ialah indah, baik, atau  lebih berfaedah. Sastera pula bermaksud huruf atau buku. Imbuhan (ke) dan (an) yang diletakkan pada awal dan akhir perkataan susastera yang menjadikannya kesusasteraan bermaksud kumpulan buku-buku yang indah bahasanya dan baik isinya.

 

PERBEZAAN BAHAN SASTERA DAN BUKAN SASTERA 
 

 KESUSASTERAAN

BUKAN KESUSASTERAAN

 

  • Sajak tentang bunga kemboja.
  • Novel yang mengisahkan pengembaraan dengan keretapi. 
  • Cerita mata-mata gelap. 
  • Drama tentang gadis menunggu telefon berbunyi.

 

  • Penerangan menegnai bungan kemboja. 
  • Jadual perjalanan keretapi.
  • Berita jenayah. 
  • Panduan telefon.
   
 

 

 

SAJAK

  • Menurut Hashim Awang sajak adalah puisi baru yang bebas daripada peraturan-peraturan dalam pembentukan rangkap, baris, kata-kata dan rima. Sajak bersifat demikian untuk dapat mengucapkan fikiran penyair dalam cara yang lebih indah, segar dan bebas.

 

SIFAT-SIFAT SAJAK

  • Tidak mempunyai imbangan bunyi yang tetap
  • Sajak tidak semestinya mengemukakan pertentangan bunyi atau rima akhir di hujung tiap-tiap baris ayat atau dimana-mana juga.
  • Mempunyai rangkap, tetapi bilangan baris ayat pada serangkap tidaklah tetap.
  • Mempunyai baris-baris ayat yang membangunkan rangkap.
  • Mempunyai keharmonian atau penyesuaian yang baik antara isi dengan bahasa.

 

BENTUK-BENTUK SAJAK

  • Disitkhon

Sajak yang ditulis dalam bentuk dua baris bagi tiap-tiap serangkap

 

  • Terzina

Sajak yang serangkapnya terdiri daripada tiga baris

 

  • Quantrain

Sajak yang rangkap-rangkapnya terbangun atas empat baris. Bentuknya lebih menyerupai pantun dan syair.

 

  • Quintain

Sajak yang rangkapnya dibentuk oleh lima baris atau kalimat

 

  • Sextet

Sajak yang digubah dengan pemaikaian rangkap yang terdiri daripada enam baris.

 

  • Oktaf (stanza)

Sajak yang rangkapnya terdiri oleh lapan baris atau kalimat

 

 

ISI DALAM SESEBUAH SAJAK

  • Unsur pujaan
  • Unsur keagamaan
  • Unsur kesedihan
  • Unsur pengajaran
  • Unsur sindiran
  • Unsur percintaan
  • Unsur pengisahan

 

CARA MENIKMATI SESEBUAH SAJAK

  • Mengenali sifat luar sesebuah sajak
  • Mengenali gaya bahasa atau imej visual sesebuah sajak
  • Mengetahui latar belakang penyair atau penulis
  • Mengetahui tujuan penyair sesebuah sajak

 

CARA MENDEKLAMASI SAJAK

  • Pemahaman
  • Mimik
  • Peresapan
  • Gerak geri
  • Pengucapan
  • Daya hafal
  • Daya ucapan dan irama
  • Batas kalimat